Saya telah diberi tugasan untuk memasang
beberapa aplikasi pada komputer.
Antaranya, aplikasi dropbox dan wampserver.
DROPBOX |
WAMP SERVER |
CARA INSTAL DROPBOX PADA KOMPUTER
Dropbox adalah tempat untuk menyimpan
maklumat. Setiap maklumat yang disimpan
di dropbox automatik maklumat tersebut tersebar ke komputer/gadget yang memakai
akaun dropbox yang sama. Syarat pertama
untuk menggunakannya adalah perlu mempunyai akaun dropbox terlebih dahulu. Untuk membuat akaun boleh buka laman web: https://www.dropbox.com/referrals/NTMxNjI4MjQ3OQ?src=referrals_twitter9.
Setelah daftar masuk dropbox, seterusnya perlulah mendownload aplikasi dropbox. Untuk download boleh buka laman web: https://www.dropbox.com/. Selepas itu, bolehlah menginstal aplikasi ini pada window.
Pilih bahagian “I already have Dropbox
account“, kerana saya sudah mendaftar sebelumnya. Kemudian, login dengan
akuan yang telah dibuat sebelumnya.
|
Instal Dropbox seperti menginstal
program lain, simpan dropbox di C atau pilih “Typical, setup dropbox with
normal setting“.
|
Dropbox memberikan storage percuma
sebanyak 2GB, tetapi kita boleh menambahnya dengan mengupgrade dropbox
tersebut.
Kesimpulannya, dengan menyimpan maklumat di
dropbox, kita tidak perlu risau jika hardisk rosak kerana dropbox menjamin
bahawa maklumat yang disimpan akan selamat. Antara kelebihan lain adalah,
dropbox memberi kemudahan undo untuk mengatasi masalah sekiranya ada maklumat
yang disimpan tidak sengaja terhapus.
CARA INSTAL WAMPSERVER PADA KOMPUTER
Wampserver adalah
sebuah aplikasi yang dapat menjadikan komputer kita menjadi sebuah server. Kegunaannya, untuk membuat jaringan local (localhost) sendiri dalam erti kata lain
kita dapat membuat website secara offline untuk mencuba di komputer sendiri. Komputer perlu menjadi server kerana komputer
yang akan kita pakai harus memberikan pelayanan untuk pengaksesan web.
Kegunaannya, supaya
kita boleh merancang sebuah website terlebih dahulu pada komputer peribadi (PC)
tanpa perlu berhubung dengan server (webhosting)
serta membeli domain. Sudah tentu hal ini boleh mempermudah kita dalam proses
belajar membuat sebuah website atau blog.
Untuk download boleh buka laman web: http://www.wampserver.com/en/.
Klik dua kali pada fail wampserver yang telah
didownload, setelah muncul pop up window seperti screenshot di atas klik →
Next >.
Cek
pada ” I accept the agreement ” dan seterusnya klik → Next >.
Klik →
Next tanpa perlu merubah nama fail dan lokasi instal.
Centang pada kedua Additional icons
apabila anda ingin menampilkan short cut pada desktop dan task
bar komputer, dan teruskan dengan mengklik → Next
>.
Klik →
Install, tunggu beberapa saat sehingga proses instal selesai.
Biarkan
tetap pada default, teruskan dengan mengklik → Next >.
Proses Instal
Wampserver ke komputer telah selesai dengan baik, klik → Finish.
Kesimpulannya, wampserver sebenarnya sama
fungsi dengan aplikasi xampp. Wampserver
memberi banyak kemudahan untuk permulaan membuat website secara offline di
samping proses instal yang cepat dan mudah digunakan.
|
0 comments:
Post a Comment