Free Farah Cursors at www.totallyfreecursors.com





Saya telah diberi tugasan untuk melakukan kerja dalam bentuk grafik.  Oleh itu, saya perlu mencari idea-idea yang bernas untuk melaksanakan tugasan ini supaya grafik tersebut akan kelihatan lebih menarik.  Ada juga grafik yang saya berkongsi idea dengan staf yang lain untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.  Setelah mendapat idea, saya mencari bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat grafik tersebut.  Saya juga melihat contoh-contoh yang sedia ada di internet.  Untuk membuat grafik ini, saya menggunakan perisian Adobe Photoshop.


Antara grafik yang dihasilkan adalah :



Grafik untuk memperkenalkan maklumat syarikat

-Tujuannya adalah untuk memperkenalkan syarikat dengan menunjukkan maklumat yang penting tentang Institut Penyelidikan Pengkomputeran Dan Teknologi.

-Saya telah membuat beberapa contoh grafik dan pihak yang bertanggungjawab boleh memilih grafik yang lebih sesuai.





Grafik tentang visi dan misi serta objektif syarikat

 -Tujuannya adalah untuk memberitahu apakah visi syarikat iaitu "untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)".

-Selain visi, misinya pula adalah "untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pengkomputeran dan teknologi dengan menjalankan sempadan dan penyelidikan yang canggih untuk membawa pengetahuan baru itu disebut, dan dihormati dalam bidang berkaitan".

-Seterusnya, ada tiga objektif syarikat iaitu yang pertama "Untuk menjalankan penyelidikan dan perundingan dalam bidang pengkomputeran dan teknologi". Yang kedua, "Untuk mewujudkan rangkaian dan kerjasama dengan organisasi dan institusi yang lain dalam bidang yang berkaitan". Yang terakhir, "Untuk mewujudkan repositori pengetahuan pintar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi".



Grafik tentang pelantar penyelidikan syarikat

 -Pelantar penyelidikan syarikat mempunyai tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan

-Setiap pelantar mempunyai seorang ketua dan penasihat masing-masing.

-Setiap pelantar juga mempunyai visi, misi serta objektif tersendiri.

-Pelantar penyelidikan syarikat memainkan peranan penting untuk membantu dalam membuat penyelidikan.

-Terdapat lima pelantar penyelidikan seperti Proses Maklumat Dan Pengurusan, Sosial Informatik, Teknologi Media Dan Pembesaran Yang Inovatif, Teknologi Pengurusan Pengetahuan Dan Pemprosesan, Rangkaian Komputer Dan Keselamatan Maklumat. 



Grafik tentang pelantar penyelidikan syarikat untuk dimasukkan kedalam carta organisasi




Grafik tentang antara program yang ditawarkan di Sekolah Siswazah Awang Had Salleh

 -Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada orang ramai tentang program yang ditawarkan.

-Ini adalah supaya memudahkan pelajar untuk memilih dan mengetahui program yang ada.



Grafik untuk logo

-Tujuan membuat logo ini adalah untuk projek "Future Learning For Kedah".

-Imej yang digunakan adalah melambangkan negeri Kedah.

-Warna untuk tulisan pula melambangkan negeri Kedah yang terkenal dengan jelapang padi yang berwarna hijau.



Kesimpulannya, dalam melaksanakan tugasan ini, ia memerlukan kreativiti yang baik serta ketelitian yang padat dan memberi banyak manfaat kepada saya.  Ini kerana, sebelum melakukan tugasan ini, saya perlu mencari maklumat tentang syarikat dan boleh berkongsi idea-idea yang menarik.  Dengan itu, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang syarikat saya dan boleh berkomunikasi untuk merapatkan hubungan dengan staf yang lain.


0 comments:

Post a Comment