Free Farah Cursors at www.totallyfreecursors.com





Saya telah diberi tugasan untuk memasang beberapa aplikasi pada komputer.  Antaranya, aplikasi dropbox dan wampserver.
DROPBOX
WAMP SERVER

CARA INSTAL DROPBOX PADA KOMPUTER

Dropbox adalah tempat untuk menyimpan maklumat.  Setiap maklumat yang disimpan di dropbox automatik maklumat tersebut tersebar ke komputer/gadget yang memakai akaun dropbox yang sama.  Syarat pertama untuk menggunakannya adalah perlu mempunyai akaun dropbox terlebih dahulu.  Untuk membuat akaun boleh buka laman web: https://www.dropbox.com/referrals/NTMxNjI4MjQ3OQ?src=referrals_twitter9.

Setelah daftar masuk dropbox, seterusnya perlulah mendownload aplikasi dropbox.  Untuk download boleh buka laman web: https://www.dropbox.com/.  Selepas itu, bolehlah menginstal aplikasi ini pada window.

Pilih bahagian “I already have Dropbox account“, kerana saya sudah mendaftar sebelumnya. Kemudian, login dengan akuan yang telah dibuat sebelumnya.


Instal Dropbox seperti menginstal program lain, simpan dropbox di C atau pilih “Typical, setup dropbox with normal setting“.


Dropbox memberikan storage percuma sebanyak 2GB, tetapi kita boleh menambahnya dengan mengupgrade dropbox tersebut.



Kesimpulannya, dengan menyimpan maklumat di dropbox, kita tidak perlu risau jika hardisk rosak kerana dropbox menjamin bahawa maklumat yang disimpan akan selamat. Antara kelebihan lain adalah, dropbox memberi kemudahan undo untuk mengatasi masalah sekiranya ada maklumat yang disimpan tidak sengaja terhapus.



CARA INSTAL WAMPSERVER PADA KOMPUTER

Wampserver adalah sebuah aplikasi yang dapat menjadikan komputer kita menjadi sebuah server.  Kegunaannya, untuk membuat jaringan local (localhost) sendiri dalam erti kata lain kita dapat membuat website secara offline untuk mencuba di komputer sendiri.  Komputer perlu menjadi server kerana komputer yang akan kita pakai harus memberikan pelayanan untuk pengaksesan web.

Kegunaannya, supaya kita boleh merancang sebuah website terlebih dahulu pada komputer peribadi (PC) tanpa perlu berhubung dengan server (webhosting) serta membeli domain. Sudah tentu hal ini boleh mempermudah kita dalam proses belajar membuat sebuah website atau blog.  Untuk download boleh buka laman web: http://www.wampserver.com/en/

Klik dua kali pada fail wampserver yang telah didownload, setelah muncul pop up window seperti screenshot di atas klik → Next >.



Cek pada ” I accept the agreement ” dan seterusnya klik → Next >.


Klik → Next tanpa perlu merubah nama fail dan lokasi instal.


Centang pada kedua Additional icons apabila anda ingin menampilkan short cut pada desktop dan task bar komputer, dan teruskan dengan mengklik → Next >.


Klik → Install, tunggu beberapa saat sehingga proses instal selesai.


Biarkan tetap pada default, teruskan dengan mengklik → Next >.


Proses Instal Wampserver ke komputer  telah selesai dengan baik, klik → Finish.


Kesimpulannya, wampserver sebenarnya sama fungsi dengan aplikasi xampp.  Wampserver memberi banyak kemudahan untuk permulaan membuat website secara offline di samping proses instal yang cepat dan mudah digunakan.













0 comments:

Post a Comment