Setelah tamat menjalani latihan industri, setiap pelajar
diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap latihan industri mengikut
piawaian yang telah ditetapkan. Ini
bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan latihan industri yang
dijalankan oleh para pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan
latihan industri ini perlu ditaip dan disusun mengikut format yang telah ditetapkan
dengan merujuk kepada Buku Garis Panduan Latihan Industri.
Tetapi sekarang, hasil
ledakan dan perkembangan teknologi maklumat alaf baharu, pihak pengajian
politeknik telah memperkenalkan serta menggalakkan pelajar menghasilkan laporan
akhir berbentuk penerbitan kreatif. Ini
untuk memudahkan pelajar serta dapat mengamalkan budaya berfikir secara kritis,
kreatif dan inovatif. Selain itu,
menggalakkan pembelajaran menggunakan teknologi terkini. Penerbitan kreatif boleh dibuat dengan
pelbagai jenis bentuk seperti, cd interaktif, web, blog, majalah dan lain-lain. Pelajar boleh merujuk kepada Garis Panduan
Penerbitan Kreatif Laporan Akhir Latihan Industri untuk maklumat lanjut.
Pelajar perlu mendokumentasikan
aktiviti-aktiviti dan pengalaman para pelajar sepanjang tempoh mereka menjalani
latihan industri dalam laporan ini.
Laporan ini merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai
bahan bukti bahawa seseorang pelajar itu telah pun menjalani latihan industri
mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Laporan yang baik
serta bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja kelak dan boleh menjadi
sumber rujukan kepada para pelajar yang bakal menjalani latihan yang sama. Penulisan
ini juga dilakukan bagi memudahkan pihak politeknik untuk membuat penilaian
kepada para pelajar. Laporan latihan industri ini juga adalah sebagai memenuhi
syarat untuk lulus dalam semester yang diduduki sepanjang tempoh latihan itu
dijalankan.
Pelajar juga dapat
bekerjasama dengan kakitangan firma dengan lebih mudah jika mereka ingin
mendapatkan bantuan dalam memperolehi maklumat serta dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim pelajar dengan kakitangan jabatan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari cara membuat
laporan dengan lebih tepat yang merupakan hasil tunjuk ajar daripada kakitangan
yang lebih berpengalaman dalam mengendalikan hal ehwal para pelajar yang
menjalani latihan industri ditempat mereka tersebut.
Oleh itu, penulisan
laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya
mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh
pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian
serta rujukan.
0 comments:
Post a Comment