Free Farah Cursors at www.totallyfreecursors.com







Institut Penyelidikan Pengkomputeran Dan Teknologi (RICT) telah ditubuhkan melalui senat, Universiti Utara Malaysia. RICT telah beroperasi pada 1 October 2011. Ia diletakkan di bawah Kolej Sastera dan Sains (UUM CAS) dan dibawah Sekolah Siswazah Awang Had Salleh. Awang Had Salleh mempunyai dua bahagian iaitu:




RICT bergerak seiring dengan IARE. RICT memainkan peranan penting, secara aktif mempromosikan penyelidikan dalam bidang pengkomputeran dan teknologi. Lebih daripada 100 penyelidik antara pensyarah UUM CAS aktif melakukan penyelidikan dalam setiap pelantar.  Kebanyakan penyelidik akan dibiayai oleh Universiti, geran nasional dan antarabangsa. Antara 5 pelantar penyelidikan RICT adalah:


Fungsi dan aktiviti yang lengkap tentang lima pelantar penyelidikan syarikat ini akan saya huraikan lebih jelas di ruangan Aktiviti Syarikat.


Penubuhan RICT adalah berdasarkan kepada alasan berikut:

  • Merealisasikan Pelan Transformasi UUM.
  • Meningkatkan bilangan pelajar siswazah dalam bidang pengkomputeran di UUM.
  • Mengembang dan mengukuhkan penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang pengkomputeran di UUM.
  • Memantap dan meluaskan pengantarabangsaan dan jalinan kerjasama luar UUM dalam bidang pengkomputeran.
  • Menyemarakkan penyelidikan melalui pengwujudan pelantar penyelidikan pelbagai sub-bidang pengkomputeran seperti Kejuruteraan Perisian, Rangkaian dan Komunikasi, Kepintaran Buatan, Sistem Maklumat, Multimedia dan Teknologi Media. Kumpulan-kumpulan LEADS yang sudah dibentuk akan memainkan peranan utama dalam pengwujudan pelantar penyelidikan.
  • Memperolehi jumlah geran penyelidikan yang memuaskan setiap tahun.
  • Meningkatkan bilangan pelajar PhD dan Sarjana penyelidikan sehingga 40%.
  • Meningkatkan bilangan program baru pengkomputeran di peringkat siswazah.
  • Membantu untuk meningkatkan bilangan perundingan kakitangan akademik.
  • Menjalin hubungan kerjasama dengan institusi dalam dan luar negara serta industri yang berkaitan.

  • RICT juga akan membantu Dekan Sekolah Siswazah Awang Had Salleh dari segi:
    -Perancangan, penyelarasan dan penganjuran
     aktiviti/program khas atau unik berkaitan penyelidikan,
     perundingan dan penerbitan untuk pelajar dan
     kakitangan akademik.
    -Mempromosi RICT kepada institusi luar dan industri.
    -Penyelarasan peranan profesor adjung/felo
     adjung/profesor pelawat dalam aktiviti UUM CAS.
    -Jalinan kerjasama strategik dalam pelbagai aspek
     akademik dan bukan akademik, penyelidikan dan
                                      perundingan melalui MOU/MOA.                        

Antara program yang ditawarkan di Dekan Sekolah Siswazah Awang Had Salleh adalah:



0 comments:

Post a Comment