Latihan industri merupakan matlamat politeknik untuk melahirkan pelajar yang berjaya, cemerlang dan bertanggungjawab. Bagi mencapai matlamat tersebut, Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) telah menggariskan beberapa objektif latihan industri untuk dicapai sepenuhnya oleh setiap pelajar yang menjalani latihan tersebut. Di antara objektif-objektif yang disebutkan adalah seperti berikut :
i. Memberi pendedahan kepada alam
pekerjaan yang sebenar.
Jika
dilihat dari sudut ini, pendedahan yang sebegini akan menjadikan para pelajar
lebih memahami fungsi serta situasi di alam pekerjaan yang sebenar. Latihan yang dijalankan oleh mereka selama
lima bulan cukup untuk menempuh segala pengalaman dan dugaan untuk membentuk
pelajar menjadi pekerja yang cemerlang apabila bermulanya alam pekerjaan mereka
yang sebenarnya.
ii. Menyesuaikan diri dengan peraturan
firma.
Semasa
menjalani latihan industri di sesebuah firma, pelajar perlu mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh firma tersebut sama ada dari aspek
keselamatan, tatatertib dan disiplin mahupun apa sahaja undang-undang yang
telah ditetapkan oleh sesebuah firma. Ini
akan memudahkan para pelajar supaya dapat membiasakan diri dengan segala
peraturan semasa menempuhi alam pekerjaan tanpa ada sebarang masalah.
iii. Memupuk sifat amanah, berdedikasi dan
bertanggungjawab dalam diri pelajar.
Segala
sifat yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar kerana ia mempengaruhi
hampir keseluruhan kehidupan kita seharian.
Dengan ini, latihan industri dapat memupuk setiap pelajar dengan segala
sifat tersebut untuk memudahkan mereka belajar terlebih dahulu bagaimana untuk
mendapatkan kepercayaan daripada pihak firma dan seterusnya dapat melakukan
kerja dengan amat berdedikasi serta penuh semangat.
Oleh
itu, sepanjang latihan ini, para pelajar perlu menanam sifat yang terpuji
seperti bersikap amanah, jujur dan bertanggungjawab dalam setiap perkara serta
segala tugas yang telah diamanahkan oleh pihak firma. Dengan sifat-sifat yang baik ini, pihak firma
akan menaruh kepercayaan yang tinggi dalam setiap gerak kerja yang ditugaskan
kepada pelajar. Justeru, setiap pelajar
akan mendapat rekod yang baik dari segi kelakuan dan ianya amat penting kepada
mereka semasa memohon pekerjaan apabila tamatnya pengajian nanti.
iv. Membolehkan pelajar menghubungkaitkan
teori kepada praktikal atau sebaliknya.
Segala
teori dan praktikal adalah berkaitan antara satu sama lain. Dengan ini, pelajar tidak akan menghadapi
masalah dalam menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang penuh dengan cabaran
dan segala teori serta praktikal tersebut akan digunakan sebaik mungkin semasa
menjalani latihan industri.
Para
pelajar juga tidak akan keliru dengan skop sebenar kerjaya yang dipilih apabila
tamat pengajian di politeknik nanti. Semasa
menjalankan latihan industri, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan skim
pembelajaran secara kedua-duanya iaitu teori dan praktikal. Ini dapat menambahkan lagi kemahiran pelajar
yang boleh digunakan untuk dimanfaatkan samada sepanjang proses latihan ini
ataupun dalam kehidupan seharian dan juga di alam pekerjaan yang sebenar.
v. Meluaskan pergaulan dengan pekerja.
Hubungan
yang baik dan kemesraan yang ditunjukkan semasa latihan industri ini dijalankan
dapat meluaskan lagi pergaulan serta dapat bertukar dan berkongsi pendapat dengan
para pekerja syarikat sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim yang
berpanjangan. Selain itu,
pelajar-pelajar yang menjalani latihan akan dapat menambah kenalan. Justeru,
pergaulan yang selama ini hanya terbatas dengan golongan pelajar, dapat
diluaskan dengan kenalan dari golongan yang bekerja ataupun lebih berpengalaman
dari seseorang pelajar. Hubungan seperti
ini sepatutnya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
vi. Menanam semangat bekerja secara
berpasukan.
Pelajar
juga dapat menanam semangat kerja berpasukan di antara pekerja-pekerja. Dengan ini, hasil kerja yang dihasilkan
memuaskan dan dapat melahirkan kesefahaman kepada kedua-dua belah pihak. Secara tidak langsung, perhubungan yang baik
sesama pekerja dapat diwujudkan. Selain
itu, tatacara bekerja sebagai satu kumpulan di organisasi dapat juga memupuk
sikap saling bantu-membantu dan kerjasama antara rakan sekerja.
vii. Menilai kebolehan diri sendiri.
Pelajar
akan dapat menilai diri sendiri dengan berpandukan latihan yang telah
dijalankan selama lima bulan di sesebuah organisasi. Melalui penilaian diri sendiri ini, mereka
dapat menilai melalui tugas yang dilakukan semasa menjalani latihan dengan
menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan yang efektif serta dengan pendedahan awal
yang mereka dapat, mereka turut dapat memberi idea bagi membantu penambahbaikan
organisasi. Selain itu, ini adalah
tercatit sebagai item sulit dalam buku latihan industri yang akan disemak dan
diisi oleh penyelia setelah tamat latihan industri nanti.
viii. Membina keyakinan diri.
Apabila
pelajar menempuhi latihan industri, mereka akan dapat membina keyakinan diri
dan secara automatiknya perasaan yakin terhadap diri sendiri itu akan
membolehkan mereka melakukan kerja dengan amat baik tanpa sebarang masalah dan
juga dapat melaksanakannya dengan cekap dan cepat. Persembahan diri di khalayak umum berdasarkan
tugasan yang bakal diberi juga ternyata akan amat membantu kerana akan
menambahkan lagi keyakinan diri apabila telah mendapat gambaran kasar bagaimana
suasana pekerjaan yang sebenar.
Kesimpulannya,
objektif latihan industri ini memainkan peranan yang amat penting bagi
melatih pelajar untuk memahami segala bidang tugas dan juga kerjaya yang bakal
ditempuhi di alam pekerjaan nanti. Bagi seorang pelajar, segala tindakan yang
diambil oleh pihak Pengurusan Jabatan Latihan Industri Politeknik ini dengan
adanya latihan industri selama lima bulan merupakan tindakan yang amat bijak
dan positif serta amat memberi kesan yang membina pada masa hadapan.
0 comments:
Post a Comment