Free Farah Cursors at www.totallyfreecursors.com







Pada 22/3/2015 saya telah mengikuti lawatan ke Pusat Budaya Dan Seni. Lawatan ini dianjurkan oleh Awang Had Salleh Graduate School. Lawatan ini berlangsung selama sehari sahaja. Kami telah dibawa melawat ke seluruh kawasan di Pusat Budaya Dan Seni ini termasuklah pejabatnya sendiri. Pusat Budaya Dan Seni juga merupakan pemenang 5S untuk tahun ini.

Tujuan mengadakan lawatan ke Pusat Budaya Dan Seni adalah untuk:

  • mengetahui aktiviti kebudayaan dan kesenian yang dijalankan.
  • melihat cara bekerja staf-staf yang bekerja di Pusat Budaya Dan Seni.
  • mengadakan perbincangan tentang amalan 5S yang perlu diterapkan dalam diri masing-masing.
  • berkongsi idea-idea yang menarik untuk meningkatkan lagi tahap pekerjaan.
  • mengeratkan hubungan dengan staf di Pusat Budaya Dan Seni.
Antara gambar yang sempat dirakamkan adalah: 


Pusat Budaya Dan Seni.



En. Huzaidy Bin Haji Hussain - Pengarah di Pusat Budaya Dan Seni.



Mengikut maklumat daripada pekerja disini, pejabat mereka telah dibahagikan kepada lima zon. Zon Bonang adalah salah satu zon disini. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja mereka.



Bilik mesyuarat.



Bilik fail.



Bilik pakaian dan persalinan pelajar.


Penerangan tentang bilik pakaian dan persalinan oleh En Jamil.





Bilik VIP.







Pantri.

Penerangan tentang amalan 5S oleh En Faizul.


Lampu kertas daripada barangan terbuang yang direka kreatif oleh staf disini.



Studio Muzik Asha'ari.
(Studio Muzik Asha’ari ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan khususnya kepada pelajar-pelajar untuk membuat latihan muzik  bagi persiapan pasukan UUM menghadiri aktiviti-aktiviti kebudayaan sama ada di dalam mahupun diluar universiti. Studio ini dilengkapi dengan sistem kedap bunyi (sound proof) bagi mengurangkan gangguan bunyi yang kuat terhadap persekitaran kawasan. Studio ini dibuka setiap hari bekerja dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.)


Wayang Kulit Gedek.




Alatan tradisional zaman dahulu.







Alat-alat muzik.












Melawat sekitar kawasan di Pusat Budaya Dan Seni serta diberi sedikit penerangan dan maklumat yang penting.




Majlis penutup di Dewan Budi Siswa.
(Dewan Budi Siswa (DBS) menyediakan perkhidmatan untuk majlis-majlis anjuran persatuan pelajar dan anjuran universiti. DBS boleh memuatkan peserta seramai 150 orang untuk sesuatu aktiviti. Penggunaan DBS tertakluk kepada syarat-syarat yang di tetapkan dan kekosongan tempahan. Dewan ini dilengkapi sistem hawa dingin, audio dan pencahayaan.)

Saya bersama pekerja yang lain dan pekerja di Pusat Budaya Dan Seni.



Kesimpulannya sepanjang lawatan di Pusat Budaya Dan Seni ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru. Antaranya, saya dapat mengetahui sistem organisasi mereka dan diterapkan dengan amalan 5S yang sangat mereka pentingkan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan teratur dalam organisasi. Selain itu, dapat mengetahui serba sedikit tentang aktivi kebudayaan dan kesenian yang dilakukan dan dapat melihat alat-alat muzik yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Budaya Dan Seni kerana sudi menerima kunjungan kami dan memberi layanan yang sangat istimewa.



0 comments:

Post a Comment