Setelah menjalani
latihan industri selama 20 minggu, saya mula rasa betapa pentingnya latihan
praktikal perlu diberikan kepada setiap pelajar yang akan menjalani latihan
industri. Sepatutnya kami, para pelajar tidak hanya dibekalkan dengan
ilmu teori sahaja. Ini kerana, pihak syarikat amat memerlukan seorang
pelajar yang serba boleh, dan tidak hanya tahu melakukan satu kerja sahaja.
Selama saya berada
di Institut Penyelidikan Pengkomputeran Dan Teknologi, saya telah didedahkan
dengan pelbagai tugas. Kebanyakan tugas-tugas yang diserahkan kadangkala
agak mencabar dan kebanyakannya perkara baru yang belum pernah belajar.
Jadi, ia mengambil masa yang agak lama untuk memahami dan menyiapkan tugas yang
diberikan.
Kesimpulannya,
pendedahan yang diberikan sepanjang menjalani latihan industri sangatlah
berguna dan perlu dimanfaatkan di masa akan datang. Walaupun banyak benda
baru yang diperkenalkan dan mengambil masa yang agak lama untuk faham, tetapi
kita perlu anggap ini adalah salah satu kaedah pembelajaran. Latihan
industri ini haruslah dipraktikkan disemua pusat pengajian tinggi kerana dapat
memberikan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga kepada para pelajar.
Di antara cadangan-cadangan saya ialah :
ii. Penyelia yang bertanggungjawab haruslah memantau aktiviti pelajar supaya pekerjaan yang mereka lakukan dapat disiapkan tepat pada masanya dan mengikut kriteria yang dikehendaki.
iii. Pelajar perlu diberikan kursus untuk memahirkan mereka dalam percakapan seharian. Pihak firma atau syarikat yang mengambil pelajar perlu menyediakan jadual khas untuk mereka agar dapat melakukan kerja dengan lebih teratur, cepat dan berkesan. Seharusnya syarikat yang mengambil pelajar melatih mereka seperti pekerja sendiri.
iv. Pihak yang terlibat juga perlu menyediakan peralatan yang diperlukan dan sesuai semasa mereka berada disana untuk memudahkan kerja dilakukan dengan sempurna.
v. Peraturan keselamatan juga perlu diadakan atau diperketatkan untuk mencegah sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.
Walaupun cadangan
dan saranan saya ini agak sukar untuk dilaksanakan, tetapi bagi saya ianya akan
memberikan pulangan yang baik kepada Pihak Politeknik. Unit Perhubungan dan
Latihan Industri juga tidak perlu lagi memikirkan masalah-masalah yang timbul
seperti yang berlaku sekarang, contohnya pelajar ponteng kerja sesuka hati,
menukar tempat latihan dengan sendirinya tanpa pengetahuan Pihak Politeknik,
tidak dapat menghantar laporan yang lengkap pada tarikh yang telah ditetapkan
disamping tidak dapat menghasilkan laporan yang baik. Ini sedikit
sebanyak akan menjejaskan prestasi akademik Politeknik itu sendiri. Jadi,
saya berharap kerjasama daripada semua pihak baik daripada pelajar mahupun Pihak
Politeknik agar mempertimbangkan saranan dan cadangan yang saya utarakan ini.
0 comments:
Post a Comment