Latihan industri merupakan sebahagian daripada syarat
yang perlu di penuhi oleh setiap pelajar politeknik untuk mendapat satu
penganugerahan Diploma daripada sesebuah politeknik seluruh
negeri semasa tahun ke-2 pengajian pada semester yang ke-4. Melalui latihan industri ini para pelajar
akan ditempatkan di mana-mana industri yang dipilih oleh para pelajar sendiri
bagi menjalani latihan yang lebih praktikal.
Latihan industri dapat mendedahkan dan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan
yang sebenar. Peranan latihan industri
ini adalah amat besar dan penting kerana dapat membantu pelajar-pelajar
politeknik menimba dan menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman yang baru
dengan pendedahan tempat kerja yang sebenar kerana sebelum ini, para pelajar
hanya didedahkan dengan pembelajaran secara teori sahaja.
Melalui
latihan industri, ia dapat membantu para pelajar dalam menanam sikap
tanggungjawab dalam diri terhadap majikan mereka serta dapat menyelesaikan apa
jua tugasan atau kerja-kerja yang diberikan kepada mereka. Selain itu, latihan industri juga merupakan
cara terbaik untuk melatih para pelajar tentang bagaimana cara untuk bergaul
bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan.
Sepanjang latihan industri, para pelajar akan diberi peluang untuk
mempraktikkan cara berkomunikasi dengan baik.
Ini kerana tingkah laku juga merupakan salah satu aspek penting yang
dititikberatkan dalam alam pekerjaan. Para pelajar juga dapat mengetahui setakat manakah kemampuan
mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan terutamanya dalam bidang
yang akan mereka ceburi.
Tempoh
pembelajaran ataupun perjalanan latihan industri ini adalah selama satu semester
iaitu lima bulan. Semasa latihan
industri, lawatan penyeliaan akan dilakukan oleh pensyarah bagi meninjau
perkembangan dan kemajuan para pelajar disamping memberi peluang kepada
syarikat dan politeknik untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan latihan yang
telah dilakukan oleh pelajar. Sepanjang
proses latihan industri, para pelajar diwajibkan untuk menyediakan laporan
harian dan laporan mingguan. Kedua-dua
laporan ini mesti disemak dan ditandatangani oleh penyelia masing-masing pada
setiap minggu. Laporan-laporan ini amat
penting kerana ia mempengaruhi markah latihan industri bagi setiap pelajar dan
memudahkan para pelajar membuat rujukan untuk laporan akhir latihan industri.
Setelah
tamatnya latihan industri, para pelajar juga dikehendaki untuk menyiapkan
penulisan laporan akhir latihan industri mengenai kerja-kerja yang telah
dilakukan sepanjang latihan industri.
Markah bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan diberi
oleh organisasi sebanyak 60% dan oleh politeknik sendiri adalah selebihnya
iaitu 40%. Setelah penilaian dilakukan
dan jika didapati prestasi para pelajar tidak memuaskan, pelajar tersebut
dikehendaki untuk mengulang semula latihan industri sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh peraturan. Secara
keseluruhan, dengan adanya latihan industri ini, ia memang banyak membantu para
pelajar dalam banyak perkara dan memenuhi objektif untuk melahirkan graduan
yang berkualiti dari segi mental dan fizikal.
0 comments:
Post a Comment