Free Farah Cursors at www.totallyfreecursors.com





Alhamdulillah syukur kerana saya telah berjaya menyiapkan laporan industri ini.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.  Khususnya kepada ayahanda Zamberi Bin Md Saad dan bonda Salina Binti Morad serta rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya.

   Tidak lupa juga kepada para pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang banyak membantu saya dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan Latihan Industri ini, tidak lupa juga di atas segala pengorbanan pensyarah yang membantu saya menjalani Latihan Industri dalam keadaan yang sempurna.

   Akhir sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Siti Mahfuzah Sarif selaku Pengarah di Institut Penyelidikan Pengkomputeran Dan Teknologi kerana memberi peluang kepada saya menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut. Beliau banyak memberi teguran dan tunjuk ajar yang membina untuk dijadikan sebagai panduan apabila menempuh alam pekerjaan kelak. Sesungguhnya jasa anda semua terlalu banyak dan bernilai buat diri saya. Semoga kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T hendaknya.




0 comments:

Post a Comment