Setelah selesai menjalani latihan industri selama
20 minggu, terdapat banyak pengalaman yang telah dilalui oleh para
pelajar. Latihan industri ini adalah satu corak pembelajaran yang sangat
efisyen dan relevan yang harus diterapkan kepada siswa/siswi agar dapat
memahami dengan jelas berkaitan skop pembelajaran yang di ajar didalam
kelas. Tujuan lainnya adalah untuk mendedahkan suasana pekerjaan sebenar
kepada para pelajar untuk persediaan masa hadapan.
Perhubungan yang baik diantara pelajar dengan pekerja
juga dapat menjalinkan semangat bekerjasama, saling membantu, bertanggungjawab
dan amanah kepada setiap tugas yang diberikan. Dengan ini dapat
mewujudkan perasaan saling mempercayai diantara satu sama lain. Tunjuk
ajar daripada pekerja senior amatlah berguna dan penting sebagai panduan
dan rujukan untuk menempuh alam pekerjaan sebenar pada masa hadapan.
Selain itu, sepanjang latihan industri di firma
ini dapat melatih diri saya mematuhi peraturan syarikat yang telah ditetapkan
seperti sentiasa berpakaian kemas dan mematuhi masa. Masa yang telah
diberikan perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak dibenarkan mencuri
masa dengan sewenang-wenangnya seperti ponteng semasa dalam kerja atau keluar
rehat pada waktu yang lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Ia juga
dapat mendisplinkan diri saya dengan peraturan kerja dan ketepatan masa yang
telah ditetapkan. Contohnya, semasa mendapat tugasan, masa merupakan
perkara yang penting dan perlu dititik beratkan.
Pemerhatian yang saya perolehi sepanjang tempoh
latihan ini juga telah mengajar saya untuk berfikir secara terbuka dan positif
tentang apa yang berlaku di sekeliling saya. Apa yang saya lakukan,
semuanya bergantung dan terletak di tangan saya sendiri. Oleh itu, saya
perlu menanganinya dengan cara yang sebaik mungkin. Ini kerana segala
tugas yang telah diamanahkan kepada saya perlu saya selesai kan dengan sebaik
mungkin.
Kesimpulannya, pendedahan yang diberikan sepanjang
menjalani latihan industri sangatlah berguna dan perlu dimanfaatkan di masa
akan datang. Latihan sebegini juga dapat melahirkan seorang graduan yang
berpengetahuan dan berkeperibadian yang tinggi. Latihan industri ini
haruslah dipraktikkan disemua pusat pengajian tinggi kerana dapat memberikan
ilmu pengetahuan yang tidak terhingga kepada para pelajar.
0 comments:
Post a Comment