Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Salawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli
keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.
Alhamdulillah, saya Nur Farah Atiqah Binti Zamberi mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan, rahmat dan hidayahNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri serta menyiapkan penulisan laporan ini. Dalam menyiapkan laporan industri ini, saya perlu mencari maklumat, pengalaman, nasihat, tunjuk ajar daripada mereka yang sudi membantu saya secara langsung dan secara tidak langsung. Dengan bantuan yang saya peroleh, dapatlah saya menyiapkan laporan ini dengan sebaik mungkin mengikut kehendak pihak Politeknik bagi memenuhi salah satu syarat-syarat untuk mendapatkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Sepanjang
penglibatan saya di dalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini,
saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan teknikal daripada pelbagai
pihak. Terima kasih diucapkan kepada Majikan Syarikat iaitu Dr. Siti
Mahfuzah Sarif, selaku Pengarah di syarikat ini dan tidak lupa juga kepada
staf-staf yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang telah dikongsikan kepada
saya. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang tempoh ini dan
memberi pengalaman kepada saya untuk mengenali dunia pekerjaan yang sebenar.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
khususnya pensyarah di Unit Latihan Industri yang telah bertungkus-lumus dalam
menjayakan program latihan industri dan memberi panduan serta nasihat
sepanjang berada di luar Politeknik supaya menjaga nama baik Politeknik dan
diri sendiri. Terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarah Jabatan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang telah banyak memberitunjuk ajar
sepanjang pengajian di Politeknik dan segala ilmu yang dicurahkan selama ini
dapat membantu saya semasa menjalani latihan industri.
Penghargaan dan terima kasih yang
teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada
ayah dan ibu saya yang telah banyak memberi galakan dan dorongan.
Demikian juga kapada rakan-rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi
pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini. Terutamanya rakan
saya yang banyak memberi nasihat dan bantuan sepanjang saya menjalani latihan
industri ini.
Kepada semua yang terlibat sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh
latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga
sumbangan mereka mendapat ganjaran dari Allah SWT. Insya-Allah, dengan
segala pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang pengajian saya
di Politeknik dan juga semasa menjalani latihan industri akan saya aplikasikan
apabila tamat pengajian kelak. Sebelum saya melabuhkan noktah terakhir,
saya ingin memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya ada sebarang
kesilapan yang telah saya lakukan.
Akhir kata, segala kelemahan yang
terdapat di dalam laporan saya ini adalah datang daripada diri saya sendiri
sebagai hamba-Nya yang lemah serta yang baik dan berkualiti itu datangnya
daripada petunjuk Allah SWT, Yang Maha Berkuasa keatas segalanya. Sekian.
0 comments:
Post a Comment