Free Farah Cursors at www.totallyfreecursors.com





Pada minggu kesembilan, saya telah diberi tugasan untuk menguruskan pendaftaran pelajar baru UUM untuk master dan phd.  Saya telah membantu dan dibantu oleh staf-staf yang lain untuk melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.  Tugasan ini agak mencabar bagi saya kerana ini adalah pertama kali saya menguruskan pendaftaran.  Tambahan pula ramai pelajar luar negara yang mendaftar. Pelajar yang mendaftar adalah dikalangan yang akan menyambung master dan phd oleh itu, saya perlu banyak berkomunikasi dengan mereka.  Selain itu, ada juga sesetengah pelajar yang perlu membuat pembentangan yang bertajuk "Cadangan Pembangunan Dan Isu-isu Akademik".  Dengan itu, saya juga perlu menyemak senarai nama dan pembentang supaya tidak berlaku kesilapan.



Tarikh     : 25 & 26 Januari 2015 (Ahad & Isnin)
Masa      : 8am – 5pm
Tempat  : Dewan Seminar,
                 School Of Computing,
                 Universiti Utara Malaysia.








Tentatif Program

Hari Pertama (25 Januari 2015)

8.00 am   - Pendaftaran
8.30 am   - Kata-kata aluan daripada Timbalan Dekan Awang Had Salleh Graduate School
9.00 am   - Epistemologi : Prof Dr.Abdullah Bin Hj Abdul Ghani
10.45 am - Rehat
11.00 am - Cadangan menulis PhD/master yang baik : Dr.Awanis Ku Ishak
12.45 pm - Rehat
2.00 pm   - Penyelesaian masalah-mengenalpasti jurang : Prof Dr.Zulikha Jamaluddin
3.45 pm   - Rehat
4.00 pm   - Pembentangan (Idea Penyelidikan Awal)
                          - Omoloso Aisha Imam
                          - Abdul Rehman Madni
                          - Syed Hassan Raza
                          - Mahmood Danasabe


Hari Kedua (26 Januari 2015)

8.00 am   - Pendaftaran
9.00 am   - Kajian sastera dan pembangunan rangka kerja : Prof Dr.Razamin Ramli
10.45 am - Rehat
11.00 am - Reka bentuk penyelidikan : Prof Dr.Che Su Mustaffa
12.45 pm - Rehat
2.00 pm   - Pembentangan (Pra Cadangan Pertahanan / Dapatan Awal / Pra Viva

                            Pra Viva
                          - Noor Izzati Bt Ahmad Shafiai 

                            Dapatan Awal 
                          - Nayef Jomaa Jomaa
                          - Chan Yeen Chia
                          - Nor Shuhadah Saidin

                            Pra Cadangan Pertahanan
                          - Mohd Shahir Bin Mohamed Sunar
                          - Zuridah Hanim Mad Akhir
                          - Yusuf Suleiman
                          - Long Mei Mei
                          - Penny Ngu Ai Huang
                          - Siti Farina Binti Zakaria
                          - Nurhaffiza Binti Rahaman

5.00 pm  - Majlis Penutup





Antara tugasan yang dilakukan adalah :

  • Menjaga kaunter pendaftaran
       - Saya perlu menyemak nama pelajar dengan betul.
       - Memastikan pelajar menandatangani buku kehadiran untuk memastikan kehadiran mereka.
       - Maklumat yang diisi perlulah betul dan lengkap untuk mendapatkan sijil.
       - Sebarang soalan boleh diajukan dan saya perlu merujuk kepada staf yang lain.
       - Mengambil email pelajar untuk memudahkan pensyarah mengedarkan nota.














  • Mengedarkan tentatif program dan cenderahati kepada pelajar
       - Tentatif program amat penting kepada pelajar kerana dapat memberikan gambaran yang jelas untuk aktiviti yang akan dilakukan.
       - Selain itu, pelajar boleh membuat rujukan sebelum memulakan aktiviti.
       - Tentatif program juga dapat memberikan kemudahan kepada pelajar supaya mereka dapat bajetkan masa mereka.
       - Cenderahati pula diberi kepada pelajar sebagai tanda penghargaan kerana berjaya mendaftar di "Awang Had Salleh Graduate School".









  • Menyemak senarai nama pembentang dan pemeriksa
       - Supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.
       - Dapat mempercepat dan memudahkan urusan.
       - Supaya pembentangan dapat berjalan dengan lancar.






Kesimpulannya, dalam melaksanakan tugasan ini banyak memberi saya pengetahuan dan pengalaman baru.  Saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk menguruskan pendaftaran, bergaul dan bersosial dengan orang ramai.  Selain itu, sikap saling membantu antara satu sama lain dapat mengeratkan hubungan sillturahim dengan pekerja yang lain.  Walaupun ini kali pertama saya melakukan tugasan seperti ini, tetapi saya berasa gembira kerana pendaftaran berjalan dengan lancar. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat kerana mempercayai dan memberi saya pengalaman baru seperti ini.



0 comments:

Post a Comment